suria

Messi Dinasihat Tinggalkan Barca

Lionel Messi

EJEN Mino Raiola menasihatkan Lionel Messi supaya meninggalkan Barcelona untuk membuktikan kehebatan dirinya.

Messi telah bersetuju dengan perjanjian baru untuk terus bersama Barcelona tetapi disebabkan kontrak itu masih belum ditandatangani masa depan pemenang Ballon d'Or sebanyak lima kali itu di Camp Nou masih tidak pasti.

Selagi pemain berusia 30 tahun itu tidak membuat sebarang tandatangan, Messi yang pernah berada di bawah bimbingan Pep Guardiola akan terus dikaitkan dengan Manchester City.

Raiola tidak mewakili Messi tetapi ejen Belanda yang lahir di Itali yang 'menjaga' pemain bintang seperti Paul Pogba, Romelu Lukaku, Marco Verratti, Henrikh Mkhitaryan dan Zlatan Ibrahimovic percaya ini adalah masa yang tepat untuk Messi melakukan perubahan.

"Pemain seperti Messi mesti mencuba pengalaman berbeza bersama kelab lain dan membuktikan betapa hebatnya dia," kata Raiola memetik Marca.

"Barcelona mesti dicipta semula."

Messi adalah penjaring gol sepanjang masa Barcelona, ​​membantu kelab gergasi Catalan itu meraih 29 trofi, termasuk lapan gelaran La Liga dan empat mahkota Liga Juara-Juara.

Raiola juga berkongsi pandangannya mengenai pemindahan rekod dunia Neymar ke Paris Saint-Germain.

PSG sanggup membayar klausa pelepasan €222 juta Neymar untuk mengikat pemain antarabangsa Brazil itu dari Barca pada awal bulan Ogos.

"Pemindahan €200 juta akan menjadi normal bermula dari sekarang, ia tidak akan lagi dilihat sebagai sesuatu yang gila," katanya.

Lionel Messi, Mino Raiola

Artikel Sebelum

Gary Cahill Mula Dirisik

Artikel Berikut

Artikel Lain