suria

Mourinho Gagal Yakinkan Pengurusan Man United

JOSE Mourinho berminat untuk memancing pemain sayap Leicester City, Riyad Mahrez, bagaimanapun setakat ini masih belum dapat meyakinkan ahli lembaga Manchester United.

Setakat ini, The Red Devils telah membelanjakan 140 juta pound dan kemungkinan tiada lagi bajet untuk menambah pemain baharu.

Man United juga berhasrat untuk menandatangani kontrak dengan Ivan Perisic dari Inter Milan tetapi ia kemungkinan tidak menjadi kenyataan.

Mourinho masih meletakkan keyakinan tinggi untuk mendapatkan pemain baharu keempat.

Mahrez bagaimanapun telah mengeluarkan kenyataan berhubung keiinginannya untuk meninggalkan Leicester dan setakat ini keputusannya kekal.

Warga Algeria ini dilihat berbincang dengan Paul Pogba sepanjang perlawanan United menentang Foxes pada Sabtu yang berakhir dengan kemenangan 2-0 yang berpihak kepada United.

Mourinho meminati corak permainan yang ditunjukkan Mahrez dan berhasrat menyenaraikannya dalam pasukan bimbingannya, lapor stesen televisyen Perancis, SFR.

Pengendali pasukan itu diberikan bajet sebanyak 150 juta pound dan dijangka menamatkan sebarang perpindahan pemain untuk jumlah itu dan jika ia lebih tinggi tentunya perlu mendapatkan kelulusan lembaga pengarah United.

Mourinho, Red Devils

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain