PEMAIN tengah Manchester United menyertai Valencia secara pinjaman. Kelab Sepanyol itu membayar 3 juta pound untuk memastikan Andreas Pereira itu dapat bersama Valencia secara pinjaman untuk tempoh panjang. Dalam pada itu, Pereira,21, menghabiskan musim lalu bersama Granada sebelum tersingkir dalam saingan La Liga. Sebelum disahkan bersama Valencia, pemain yang mempunyai dua kewarganegaraan iaitu Belgium (tempat lahirnya) dan Brazil (negara bapanya) itu telah menandatangani kontrak sambungan selama setahun di Old Trafford dan terus diperbaharui Januari ini. Untuk rekod, Pereira hanya tampil sebanyak lima kali ketika bersama United sejak pertama kali dperkenalkan pada musim 2014/15.