suria

PSG Kena Siasat!

PERBELANJAAN besar Paris Saint-Germain sepanjang perpindahan musim panas disiasat oleh Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) susulan pembelian pemain seperti Neymar, Kylian Mbappe dan Yuri Berchiche.

Gergasi Ligue 1 melenyapkan rekod perpindahan dunia dengan pembelian Neymar dari Barcelona pada harga £199 juta sekali gus ​​menimbulkan kebimbangan berlakunya kesalahan di bawah Peraturan Pengurusan Kewangan Adil (FFP).

PSG telah membelanjakan lebih banyak wang berbanding jumlah yang diperolehi pada musim panas ini, dengan hanya £51 juta datangnya daripada penjualan pemain, mendorong Uefa untuk menyiasat kewangan mereka.

FFP diperkenalkan oleh bekas Presiden Uefa, Michel Platini, dalam usaha untuk memastikan kelab-kelab berbelanja mengikut kemampuan dan mewujudkan suasana telus dalam pasaran pemindahan.

Namun, PSG dilihat mencari langkah untuk menghindari peraturan ini, dengan Mbappe menyertai kelab itu secara pinjaman dari Monaco, sebelum terdapat terma menjadikannya pemain tetap pada musim panas akan datang.

Kenyataan Uefa: "Satu siasatan formal ke atas Paris Saint-Germain telah dibuka oleh Uefa sebagai sebahagian daripada pemantauan berterusan kelab-kelabnya di bawah Peraturan Pengurusan Kewangan Adil."

Uefa, PSG, Neymar

Artikel Sebelum

Pemain Tengah United Ke Valencia

Artikel Berikut

Artikel Lain