DAVID Beckham baru-baru ini tampil dengan imej berambut panjang yang nenampakkan dirinya lebih muda, mengingatkan kita kepada zaman kegemilangannya pada era 90-an. Tetapi Beckham berminat untuk memberitahu bahawa wajah mudanya itu tidak ada kaitan dengan pembedahan kosmetik, apabila dia menjawab tuduhan netizen di Instagram yang mendakwa dia menggunakan Botox. Selepas British Vogue berkongsi gambar bekas pemain bola sepak berusia 42 tahun itu yang sedang duduk di barisan hadapan ketika pertunjukan Minggu Fesyen Victoria Beckham di New York, seorang wanita berkata: "Botox membuatkan David kelihatan baik." Mengejutkan apabila pemain bola sepak yang jarang 'bersuara' itu meninggalkan komen terhadap dakwaan itu di Instagram: "Cik, saya tidak setuju dengan Botox...Tetapi saya akan menerimanya sebagai pujian." Pengguna Instagram itu tetap dengan pendiriannya dengan berkata: "Mengaku sajalah. Ia Botox, bukan masalah besar." Bekas pemain Manchester United itu bagaimanapun tidak 'melayan' komen tersebut. Dalam gambar itu, David dilihat duduk bersama anak lelakinya Brooklyn, 19, dan ketua pengarang British Vogue Edward Enninful. Komennya itu mencetuskan perdebatan sesama netizen, dengan seorang pengikut menyarankan: "Mungkin itu hanya kesan gambar atau Photoshop. Dan solekan membuatkan wajahnya kelihatan licin." Seorang lagi menulis: "Saya tak fikir dia guna Botox. Dia ada garis penuaan, anda boleh nampak dengan jelas pada gambarnya. Dia taklah begitu tua. Ada lelaki dan wanita yang wajah mereka masih baik dalam usia 40-an." -dailymailUK