suria

Harap Ederson Tidak Seperti Cech

PEP Guardiola mendoakan agar Ederson tidak mengalami sebarang 'gangguan psikologi' akibat terjahan kasar Sadio Mane.

Kekasaran yang dilakukan Mane menyebabkan Ederson menerima lapan jahitan di bahagian mukanya.

Penjaga gol Manchester City itu dilihat memakai pelindung kepala semasa sesi latihan dan berhasrat diturunkan menentang Feyenoord pada aksi Liga Juara-Juara peringkat kumpulan, awal pagi Khamis.

Pelindung kepalanya sama seperti pernah digunakan Petr Cech yang mengalami kecederan selepas berlanggar dengan pemain Reading Stephen Hunt ketika memperkuat Chelsea pada 2006.

Penjaga gol Arsenal itu kini mengakui dia kini berdepan kesukaran untuk mendapatkan semula keyakinannya selepas insiden tersebut.

"Saya boleh faham perasaan itu. Sudah tentu ia boleh terjadi (kesan psikologi) tapi kita akan lihat."Namun Ederson ada di sini, dia mendapat perlindungan.

"Kami akan lihat sama ada dia akan beraksi. Saya akan bercakap dengannya," kata Guardiola.

Pada sesi latihan itu, Ederson mengagumkan rakan pasukannya apabila bangkit daripada insiden Sabtu lalu.

Pemain pertahanan John Stone berkata:"Ederson bangkit semula. Selepas perlawanan itu, di dalam bilik persalinan, dia bercakap dengan rakan-rakan lain seperti tiada apa-apa berlaku."

Ederson, Sadio Mane

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rooney Tidak Mohon Cuti Simpati

Artikel Lain