suria

Menang Dengan Arsenal Tak Perlu Hazard

Eden Hazard. -fotoREUTERS

CHELSEA sangat unggul untuk Arsenal, justeru Antonio Conte tidak perlu mengambil risiko menurunkan Eden Hazard ketika menentang pasukan Arsene Wenger, menurut Danny Murphy.

Juara Liga Perdana Inggeris itu telah bangkit dari kekalahan pada perlawanan pembukaan menentang Burnley, mencatat empat kemenangan berturut-turut dalam semua pertandingan.

Hazard terlepas aksi bulan pembukaan kempen selepas menjalani pembedahan buku lali pada musim panas tetapi telah membuat penampilan sebagai pemain ganti dalam kemenangan ke atas Leicester City dan Qarabag baru-baru ini.

Pemain berusia 26 tahun itu kini bersedia untuk tampil dalam skuad utama perlawanan derby London, Ahad, tetapi Murphy, bekas pemain tengah Liverpool dan Tottenham percaya jurang antara dua pasukan begitu luas.

Dia berpandangan Conte dapat bergantung kepada Willian dan Pedro untuk memastikan satu lagi kemenangan ke atas Gunners di Stamford Bridge.

"Saya tidak fikir Chelsea perlu tergesa-gesa membawa masuk Eden Hazard.

"Mereka mempunyai dua pemain hebat Willian dan Pedro yang bermain dengan baik dan mereka akan menang perlawanan tanpa Hazard.

"Semuanya terletak kepada Antonio Conte untuk memastikan semua pemain tahu tugas mereka di padang.

"Apabila Hazard berada di situ, tidak diragukan dia akan membuatkan Chelsea menjadi pasukan yang lebih baik.

"Tetapi mereka tidak memerlukannya untuk mengalahkan Arsenal. Cara Arsenal bermain dan bagaimana terbuka pertahanan mereka, sukar untuk melihat mereka menang di Stamford Bridge pada Ahad.

"Jika Alexis Sanchez berada di padang maka mereka boleh mengalahkan sesiapa.

"Tetapi taktik Arsenal begitu naif kecuali Arsene Wenger bermain dengan mentaliti yang berbeza dan menutup kelemahan sedikit demi sedikit." -metroUK

Eden Hazard, Danny Murphy

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain