suria

Morata Dedah Rahsia

ALVARO Morata mendedahkan bahawa dua pemain telah membantu mengubah dirinyanya menjadi salah seorang penyerang terbaik dari segi tandukan dalam bola sepak dunia.

Dua pemain itu adalah Cristiano Ronaldo dan Fernando Llorente.

Pemain rekod kelab Chelsea itu telah menjaringkan tiga gol untuk kelab barunya sejak perpindahan £58 juta dari Real Madrid pada musim panas. Semuanya dilakukan dengan kepalanya.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu menjadi subjek gurauan rakan sepasukannya, Eden Hazard minggu ini yang meminta rakan sepasukan baharunya itu mula menjaringkan gol menggunakan kaki.

Morata menegaskan dia tidak kisah bagaimana cara dia menjaringkan gol tetapi menegaskan dia mampu menanduk masuk bola dengan melihat dua pemain contoh terbaik iaitu Ronaldo dan Llorente.

"Jika saya menjaringkan gol dalam setiap perlawanan dengan kepala pun tidak ada masalah," katanya kepada Daily Mail.

"Saya tidak peduli untuk mengangkat lutut saya atau sebagainya, gol adalah gol.

"Di Real Madrid, saya melakukan latihan menanduk dengan Ronaldo. Anda dapat melihatnya melompak dan menanduk bola, melantun dan ia bertenaga, dia adalah bintang yang sebenar.

"Di Juventus, saya melihat Llorente, bagaimana dia mencari ruang dan sasaran. Saya sukakan cabaran fizikal.

"Minggu lalu, saya bermain melawan Wes Morgan dan Harry Maguire ... orang besar.

"Cesc Fabregas diletakkan di sudut yang baik yang saya fikir saya boleh mencelah tetapi ada yang masuk dan saya tidak dapat melompat menghalang mereka."

Alvaro Morata, Ronaldo, Llorente

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain