JERSI pemain Everton bakal dihiasi dengan logo Angry Birds. Everton dilaporkan menjalin kerjasama dengan Rovio Entertainment yang menyaksikan logo Angry Birds di bahagian kiri lengan jersi pemain. Penampilan terbaharu itu diperkenalkan kepada umum menjelang perlawanan menentang Manchester United di Old Trafford Ahad malam. Everton menjadi kelab terbaharu menandatangani kontrak bersama penaja musim ini. Sebelum ini, penyokong kelab tidak berpuas hari sekiranya penajaan tersebut membuatkan jersi bertukar warna merah. Namun kelab mengesahkan hanya logo Angry Birds sahaja digunakan dan ianya berwarna putih. Jersi utama kekal berwarna biru. Angry Birds menjadi fenomena apabila lebih 3.7 juta peminat memuat naik permainan itu sejak diperkenalkan pada tahun 2009.