suria

Dua Pemain Dalam Perhatian United

Jose Mourinho

MANCHESTER United telah mula merancang masa depannya selepas ketiadaan Michael Carrick.

Dua peninjau Jose Mourinho telah dihantar untuk menonton perlawanan Liga Juara-Juara minggu lalu antara Roma dan Atletico Madrid, lapor Daily Star.

Mereka dikatakan ditugaskan untuk memantau kemajuan pemain tengah dari setiap sisi, iaitu Saul Niguez, 22, (Atletico) dan Radja Nainggolan, 29, (Roma).

Carrick telah berusia 36 tahun dan ini dijangka menjadi musim terakhirnya sebagai pemain United.

Pemain tengah itu menyertai Red Devils pada 2006 dari Tottenham Hotspur dan setakat ini telah membuat 459 penampilan untuk kelab.

Sementara itu, Mourinho yang bersama dengan pasukannya dalam pertembungan dengan Everton di Old Trafford, Ahad menegaskan Liga Perdana Inggeris adalah saingan paling sukar di dunia untuk dimenangi.

Dia berkata: "Ini adalah negara dengan lebih banyak pasukan yang berjuang untuk gelaran.

"Selain itu, pasukan di luar kelompok enam atau tujuh juga boleh mencuri mata daripada anda."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Morata Dedah Kenapa Pilih Chelsea

Artikel Lain