JOSE Mourinho berang dengan khabar angin yang mendakwa Paul Pogba perlu diketepikan selama tiga bulan kerana kecederaan. Pemain tengah Manchester United itu terpaksa direhatkan selepas mengalami kecederaan ketika menentang Basel dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Ketika menafikan tempoh yang lama itu, Mourinho mengesahkan bahawa pemain Perancis berkenaan hanya mengelami kecederaan otot. Jika Pogba tidak dapat diturunkan untuk tempoh tiga bulan bermakna dia tidak dapat membantu United dalam lima perlawanan liga juara. Malah dia juga tidak akan terlibat dalam perlawanan panas menentang Liverpool, Tottenham, Chelsea, Arsenal dan Manchester City. Bagaimanapun Mourinho memberitahu, Pogba tidak berehat ketika ini sebaliknya sedang berusaha untuk pulih secepat mungkin. "Saya tidak tahu pula sampai 12 minggu atau 12 hari. Komen dan khabar angin ini semua tidak betul," katanya.