suria

Misi Nidzam Adzha Untuk Kedah

MOHD Nidzam Adzha Yusoff mempunyai misi tersendiri apabila anak didiknya melayan kunjungan Selangor dalam perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia, Ahad ini.

Ketua jurulatih Kedah itu berkata, berdasarkan pertemuan pada Jumaat lalu, satu rumusan berhubung aksi pemain Kedah telah dibuat.

Menurutnya, pemain tempatan khususnya mereka yang terlibat mewakili skuad kebangsaan kelihatan tidak cergas untuk sepanjang permainan berkenaan.

"Dalam perlawanan di Selayang, kita berjaya mendapatkan dua gol awal seperti yang disasarkan dan usaha pemain wajar dipuji.

"Cuma saya kecewa melihat tahap kecergasan tujuh pemain yang mewakili skuad kebangsaan kerana gagal untuk bertahan selama 90 minit.

"Sebab itu juga kita memberikan lawan dua gol walaupun kita berjaya menang dengan 3-2. Tahap kecergasan ini akan dibaiki untuk perlawanan akan datang," katanya kepada mStar Online.

Niezam menambah, faktor masa untuk melakukan persediaan bersama semua pemain juga antara faktor penurunan tahap kecergasan pemain.

Oleh itu jelasnya, tempoh yang ada sebelum Ahad ini akan digunakan sebaiknya untuk pemain kembali cergas untuk memastika Kedah melangkah ke separuh akhir.

Beliau memberitahu, bagaimanapun tahap kecergasan Liridon Krasniqi, Zachary Anderson, Ken Ilso Larsen dan Sandro Da Silva berada dalam keadaan baik dan banyak membantu skuad berkenaan.

"Mereka juga menunjukkan kualiti terbaik untuk membantu Kedah menang. Kita harap momentum kemenangan ini dapat dikekalkan sehingga hujung minggu ini," ujarnya.

Kedah, Piala Malaysia, Selangor

Artikel Sebelum

Mourinho Bengang

Artikel Berikut

Bibi Wanita Pertama Terajui Kafa

Artikel Lain