BINTANG yang sentiasa gembira di Manchester United, Paul Pogba memberi bayangan kepada penyokong mengenai tahap kecederaan yang di alami. Pemain berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan otot ketika membantu United menewaskan Basel dalam saingan Liga Juara- Juara Eropah minggu lalu. Bagaimanapun, dalam status terbaru di Instagramnya, Pogba kelihatan gembira dan memberi bayangan dia akan kembali lebih awal daripada 6 minggu seperti yang didakwa. Rakaman itu dibuat oleh seorang pemain iaitu Axel Tuanzebe ketika mereka berada di Carrington untuk proses pemulihan. Tuanzebe juga mengalami kecederaan dan sedang direhatkan bersama Pogba. Pengendali United, Jose Mourinho sebelum ini berkata, Pogba akan kembali bila-bila masa sahaja dan tidak seperti yang didakwa sehingga 12 minggu. Happiness is always there even injured..yaaaaah @axeltuanzebe_38 your laugh ?#manchesterunited #dance A post shared by Paul Labile Pogba (@paulpogba) on Sep 20, 2017 at 5:07am PDT