JOSE Mourinho mengakui teruja dengan aksi tiga pemain Manchester United ketika mereka menentang Burton Albian dalam saingan EFL. Tiga pemain yang berjaya membuatkan Mourinho tersenyum itu ialah Anthony Martial, Juan Mata dan Jesse Lingard. Dalam perlawanan itu, United menang 4-1 untuk melangkah ke pusingan keempat. Ketika ditanya mengenai aksi Marcus rashford yang menyumbat dua gol, Mourinho berkata," Yeah, tetapi Martial lebih baik, Mata bagus dan Lingard juga bagus. "Setiap mereka di bahagian lebih dinamik dan membuatkan pasukan gembira. "Kami gembira melihat mereka bermain bola sepak dan itu yang kami harapkan," katanya selepas perlawanan berkenaan. Tambahnya, pemain United juga telah menggunakan sepenuhnya masa di atas padang untuk memperbaiki persembahan. "Kadang-kadang mereka tidak begitu gembira di atas padang tetapi tetap melakukan yang terbaik kerana itu tugas mereka," ujarny.