suria

Gembira Bertemu TMJ - Beckham

PETALING JAYA: Legenda bola sepak Manchester United, David Beckham berkongsi detik kegembiraan bertemu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dengan pengikutnya di laman sosial.

Suami kepada Victoria, ahli kumpulan Spice Girls itu memuat naik gambar swafoto bersama Tunku Ismail sambil memegang jersi Johor Darul Ta'zim (JDT) berwarna biru dengan No. 7 di akaun Instagram peribadinya.

Jersi itu cukup sinonim dengan dirinya yang sebelum ini telah menyarung jersi No.7 ketika memperkuat Red Devils sejak 1992 hingga 2003.

Menerusi kapsyen pada gambar itu, bekas pemain Real Madrid tersebut turut meluahkan rasa gembira kerana berpeluang menikmati makan malam bersama pemilik pasukan JDT itu.

"Teruja bertemu TMJ malam tadi. Makan malam yang hebat bersamanya dan juga rakan saya Peter Lim," katanya.

Bapa kepada empat orang anak itu turut mengucapkan tahniah kepada JDT di atas kejayaan mereka merangkul trofi Liga Super buat kali keempat berturut-turut baru-baru ini.

"Tahniah kepada pasukan JDT di atas kejuaraan," tulisnya.

Gambar yang dimuat naik sejak tiga jam lalu mendapat kira-kira 250,000 'like'.

Beckham datang ke Malaysia sempena program eksklusif AIA Vitality Wellness Festival.

Dia dilantik sebagai Duta Global AIA pada Mac lalu. Ini bukan kunjungan pertama Beckham ke Kuala Lumpur.

Pada November 2014, beliau turut dijemput menghadiri sambutan ulang tahun jam jenama mewah di Pavilion.

David Beckham

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Diego Costa Dapat Kelab Baru

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan