PENYERANG Chelsea yang disisihkan, Diego Costa bakal mengakhiri detik kesunyian tanpa pasukan selepas meninggalkan Brazil untuk menjalani pemeriksaan perubatan. Pemain Sepanyol itu dilapor meninggalkan Brazil untuk ke Madrid bagi kembali bersama ke kelab lamanya Atletico Madrid. Costa sebelum ini telah dilapor akan kembali bersama Atletico tetapi tidak dapat berbuat demikian kerana kelab tersebut sedang menjalani tempoh pergantungan pemindahan pemain. Bagaimanapun, dia akhirnya meninggalkan Chelsea secara rasmi dengan yuran pemindahan sebanyak £55 juta. Pemain kelahiran Brazil berkenaan akan menjalani pemeriksaan perubatan dalam tempoh 24 jam sebelum menyelesaikan urusan kontrak menjelang minggu depan. Costa menyertai Chelsea dengan nilai £32 juta pada 2014. Daily Mail melaporkan, Costa bakal menandatangani kontrak selama empat tahun dengan tambah bonus.