KUALA LUMPUR: Datuk Lee Chong Wei menundukkan pemain dari China, Shi Yuqi untuk melangkah ke aksi final Terbuka Jepun di Tokyo. Pemain berusia 34 tahun itu mengambil masa selama 39 minit untuk mengatasi Shi Yuqi, 21-19, 21-8. Chong Wei ketinggalan 4-11 sebelum bangkit menyamakan kedudukan 18-18 dan menang set pertama. Namun pemain kelahiran Pulau Pinang itu tidak mudah menyerah kalah. Dia mempamerkan aksi bertenaga pada set kedua untuk menempah tiket ke pentas final dalam usaha menghidupkan peluang memenangi kejuaraan Terbuka Jepun buat kali ketujuh. Chong Wei akan bertemu sama ada Viktor Axelsen dari Denmark atau Soon Wan-ho (Korea Selatan) yang akan berentap di pentas separuh akhir. Aksi final akan diadakan pada Ahad.