suria

Rooney, Coleen Ke Pawagam

WAYNE Rooney cuba memulihkan kemelut rumah tangganya dengan mengatur janji temu istimewa bersama Coleen.

Bekas pemain Manchester United itu dilihat membawa isterinya untuk menonton filem Austin Powers di pawagam untuk mengimbau kembali detik awal percintaan mereka.

Pasangan itu gemar menonton wayang bersama-sama.

Bercakap kepada Gary Lineker pada 2015 dalam satu dokumentari bersama BBC, Rooney berkata mereka akan keluar menonton wayang setiap Khamis bersama-sama. 

"Kami akan pergi ke pawagam setiap Khamis, hanya berdua," katanya.

Mereka turut dilihat meluangkan masa bersama-sama pada Sabtu lalu.

Sumber berkata Coleen masih lagi berang dengan Wayne.

"Namun dia cuba membuktikan cintanya terhadap Coleen dengan membawanya menonton wayang, aktiviti yang amat mereka gemari sebelum ini.

"Rooney berharap agar dia dapat memenangi semua hati Coleen sedikit demi sedikit. Dia mahu segalanya kembali normal pada sambutan Krismas nanti."

Ini adalah kali pertama Rooney dikesan di khayalak sejak dia ditahan akibat memandu di bawah pengaruh alkohol semasa memandu kereta seorang wanita bernama Laura Simpson, 1 September lalu.

Wayne Rooney

Artikel Sebelum

Siapa Pemain Terbaik FIFA?

Artikel Berikut

Artikel Lain