suria

Kecewa Tinggalkan Chelsea Begini - Costa

DIEGO Costa mengakui kecewa dengan cara dia meninggalkan Chelsea ketika dia semakin hampir untuk memuktamadkan perpindahan ke Atletico Madrid.

Pemain berusia 28 tahun itu tiba di Sepanyol pada Jumaat untuk melengkapkan perpindahan ke Atleico selepas Chelsea mengesahkan bersetuju melepaskannya.

Costa memperkuat Chelsea selama tiga musim tetapi hubungannya dengan Antonio Conte mulai dingin pada Januari selepas dimaklumkan dia tidak tersenarai dalam perancangan jangka panjang pengurus itu.

Meskipun perpindahannya ke Atletico pada Ogos lalu gagal disempurnakan, Costa kini menarik nafas lega apabila bakal menyarung jersi bekas kelabnya itu pada Januari depan.

Dia sedang menjalani pemeriksaan kesihatan dan melengkapkan syarat peribadinya.

Costa turut mengucapkan terima kasih kepada Atletico kerana menerima kepulangannya semula tetapi pada masa sama kecewa dengan cara dia terpaksa meninggalkan Chelsea.

"Saya amat gembira kerana dapat kembali. Semua orang tahu saya mahu pulang ke Atletico Madrid.

"Ia bukan cara yang saya mahukan untuk angkat kaki.

"Saya bukan individu yang mahu menjejaskan imej," katanya.

Terdahulu, Costa dipetik sebagai berkata dia tidak menyimpan perasaan dendam terhadap Chelsea atau penyokong mereka.

"Saya tidak kecewa dengan sesiapa. Saya tidak menyimpan perasaan dendam terhadap sesiapa. Segalanya tenang.

"Semua orang tahu saya amat menyayangi penyokong saya," katanya.

Diego Costa, Chelsea

Artikel Sebelum

Rooney, Coleen Ke Pawagam

Artikel Berikut

Maafkan Saya - Neymar

Artikel Lain