suria

Gol Lukaku Teruskan Misi Buru Gelaran Liga

Aksi Lukaku semasa memberikan jaringan membolosi gawang Southampton. Foto Reuters

ROMELU Lukaku mempamerkan pencapaian cemerlang apabila memberikan jaringan buat Manchester United dalam memburu gelaran Liga Perdana Inggeris.

Dalam perlawanan menentang Southampton di Stadium St Mary, Southampton, selatan England, awal pagi Ahad, gol tunggal itu dicatatkan pada minit ke-20.

Jaringan tersebut merupakan cubaan kali kedua selepas aksinya cuba membolosi gawang lawan yang dikawal Fraser Fosrter.

Gol yang membawa kemenangan dengan 1-0 merupakan jaringan keenam Lukaku pada liga musim ini.

Ketika ini, Manchester United berada pada kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris dengan 16 mata, menyamai pendahulu di tangga teratas, Manchester City.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Lain