LIVERPOOL dilapor semakin terbuka untuk menjual Philippe Coutinho kepada Barcelona pada jendela pemindahan akan datang. Pemain Brazil berkenaan sebelum ini hampir ke Sepanyol namun meluahkan hasrat untuk kekal di Anfield seiring dengan ketegasan Liverpool yang enggan menjualnya. Bagaimanapun, laporan terbaru media Sepanyol mendakwa, Liverpool kini semakin terbuka untuk menjual pemain tengah berkenaan dengan harga yang munasabah. Berikutan itu, wakil Coutinho juga telah bertemu pegawai Barcelona untuk memulakan perbincangan awal mengenai terma peribadi. Pemain berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan dan tidak dapat membantu skuad Jurgen Klopp. Namun kehadiranya di atas padang ketika menentang Leicester membawa impak apabila turut menjaringkan gol. Minggu ini, Coutnhi bersama rakan sepasukan akan berangkat ke Rusia untuk bertemu Spartak Moscom dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.