IMPIAN Diego Costa untuk berpindah ke Atletico Madrid akhirnya menjadi kenyataan. Chelsea dan Atletico mencapai kata sepakat mengenai Costa pada Selasa malam. Costa akan menyertai Atletico Madrid bermula 1 Januari sehingga akhir musim ini. Dan penyerang Sepanyol itu akan berpindah sepenuhnya pada musim depan dengan nilai 58 juta pound (RM329.6). Pemain berusia 28 tahun itu secara rasminya menandatangani kontrak pinjaman sehingga hujung musim ini. Perpindahan ke Atelico secara embargo bermakna dia tidak boleh beraksi sehingga Januari ini. Atletico akan menanggung secara semua kos gajinya sekarang yang bernilai 150,000 pound. Dalam pada itu Costa dijangka hadir menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara di antara Chelsea dan Atletico pada Khamis. Sementara itu, Costa dijangka akan memakai jersi bernombor 18 di Wanda Metropolitan kelak. "Saya sangat gembira dapat kembali ke 'rumah'. Saya selalu memberitahu bahawa Atletico Madrid adalah rumah saya. "Saya akan memberi segalanya kepada pasukan seperti mana yang selalu dibuat," ujar Costa.