MESKIPUN menang besar 4-1 ke atas CSKA Moscow pada aksi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara, Pengurus Manchester United memberi gambaran bahawa beberapa pemainnya bergelut dengan kecederaan. Beliau berkata Phil Jones, Michael Carrick atau Marouane Fellaini kurang cergas untuk aksi menentang Crystal Palace pada Sabtu. Gol United dijaringkan Romelu Lukaku (dua gol), Anthony Martial dan Henrikh Mkhitaryan untuk memberi tiga mata berharga kepada pasukan itu sebelum mempunyai tempoh kurang 72 jam untuk mempersiapkan diri menjelang aksi Sabtu ini. Malah Mourinho mungkin tidak menurunkan trio tersebut ketika menerima kunjungan Crystal Palace di Old Trafford nanti. "Carrick tiada peluang. Saya fikir kehadiranJones juga diragui begitu juga Fellaini," kata Mourinho. United mungkin terpaksa melupakan khidmat Martial yang dilihat meninggalkan padang dalam keadaan terhincut-hincut pada aksi babak kedua di Moscow. Pemain berusia 21 tahun itu yang dianggap sebagai permain terbaik perlawanan terpaksa digantikan dengan Marcus Rashford selepas dilihat kurang cergas untuk terus beraksi.