JOSE Mourinho dilapor telah memberitahu Romelu Lukaku apa yang perlu dilakukan sehingga Januari ini. Pengendali Manchester United kelahiran Portugal berkenaan berkata, Lukaku telah diberitahu bahawa dia tidak akan direhatkan sehingga Januari kerana kekurangan penyerang utama. Penyerang bernilai £75 juta itu bagaimanapun akan mendapat rehat secukupnya apabila Zlatan Ibrahimovic kembali pada Januari. Ibrahimovic berehat panjang selepas mengalami kecederaan ligamen lutut sejak musim lalu. Namun, proses pemulihan yang agak pantas telah memberi peluang kepada United untuk melanjutkan kontraknya sebelum kembali memperkuatkan pasukan pada Januari. "Bila tiada Zlatan, kami tidak dapat menukar penyerang, terutamanya apabila Marcus Rashford bermain di posisi lain. "Jadi, sehingga kami dapat Zlatan kembali, kami tidak akan berfikir untuk merehatkan Lukaku. Kami tidak lakukannya," katanya.