CHELSEA bersedia mengeluarkan perbelanjaan besar terhadap Alexis Sanchez dan Alex Sandro pada Januari depan untuk memastikan Antonio Conte kekal di Stamford Bridge.
Kontrak penyerang Arsenal itu akan berakhir pada hujung musim ini dan Sanchez kini menjadi tumpuan kelab Eropah.
Pengurus Manchester United, Jose Mourinho turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat bintang Chile itu secara perpindahan percuma pada hujung musim.
Namun Chelsea juga enggan terlepas peluang untuk memuktamadkan perpindahan Sanchez.
Pada masa sama, Arsenal juga begitu terdesak untuk memperbaharui kontrak Sanchez bagi mengelak berdepan risiko kehilangannya begitu sahaja, lapor The Mirror.