SUZUKA: Pemandu Ferrari, Sebastian Vettel gagal menamatkan perlumbaan pada Grand Prix Jepun selepas berdepan masalah enjin. Vettel sekadar melakukan empat pusingan sekali gus menjejaskan peluangnya untuk muncul juara dunia Formula Satu (F1) pada tahun ini. Buat masa ini, pemandu kelahiran Jerman itu ketinggalan 34 mata dibelakang pendahulu, Lewis Hamilton dengan baki lima perlumbaan yang perlu diharungi. Jika Hamilton muncul juara di Litar Suzuka pada Ahad, dia akan melebarkan penguasaannya kepada 59 mata dengan pelumba kelahiran Jerman itu.