BARCELONA mahu mengambil kesempatan ke atas keengganan Jose Mourinho untuk membawa Anthony Martial sebagai pemula di Manchester United, dengan membawanya ke Nou Camp. Martial berdepan dengan cabaran untuk mendapat tempat di Old Trafford, dengan hanya sekali jaringan dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris setakat musim ini. Kelab di Sepanyol itu pula cuba untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cara mereka sendiri. Menurut laporan akhbar sukan Sepanyol, Mundo Deportivo, Barcelona sedang memantau pemain kelahiran Perancis itu di Old Trafford. Malah laporan itu memberitahu bahawa kelab itu percaya Martial cukup bagus untuk Nou Camp. Barcelona ketika ini kekurangan pilihan untuk pemain sayap kiri yang merupakan posisi kebiasaan buat Martial. Walaupun beliau sering di belakang pemain Marcus Rashford dalam pilihan Mourinho, Martial memberikan impak apabila melakukan lima jaringan dan enam bantuan setakat musim ini. Mouringo nampaknya mahu menyimpan Martial untuk saingan piala dengan hanya bermula dalam Liga Juara-Juara dan Piala Carabao. Laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa Barcelona berharap untuk menggunakan ketidaktentuan ketika ini untuk memujuk Martial berhijrah ke Barcelona lebih awal daripada kemudian.