CRISTIANO Ronaldo sentiasa mengambil tugas sepakan penalti di Real Madrid. Menurut Sergio Ramos, ia sangat berkait dengan hierarki yang ketat di Bernabeu. Pemain Portugis itu adalah pemain pilihan pertama dan jika dia tidak bersedia, Ramos akan mengambil tugas tersebut. Bintang PSG, Neymar dan Edinson Cavani bertekak tentang siapa yang harus melakukan penalti ketika menang 2-0 ke atas Lyon pada bulan lalu. Ramos, bagaimanapun menyatakan senario sedemikian tidak akan berlaku di Madrid. Dia memberitahu France Football: "Perkara seperti itu tidak akan berlaku di Madrid kerana semuanya dirancang sebelum perlawanan. "Semuanya teratur dan diselaraskan. "Cristiano mengambil penalti dan jika bukan dia, saya akan lakukannya. "Malah ada juga orang ketiga yang diberikan tugas ini sebelum setiap perlawanan. "Cavani dan Neymar adalah dua pemain hebat dan saya yakin mereka dapat mencapai persetujuan." Ramos juga mendedahkan tentang hubungannya dengan pengurus Zinedine Zidane. Katanya, dia mempunyai hubungan erat dengan Zidane. "Kami bersahabat baik," katanya. "Saya tak kisah setia kepadanya, dengannya setiap perkara sentiasa mudah dan jelas. "Hubungan kami sangat baik dan jurulatih saya adalah rakan seumur hidup. "Diego Maradona pernah berkata, 'hanya hitam atau putih, tiada kelabu' dan itulah Zidane diibaratkan." -dailystarUK