suria

Usia Bukan Isu - Heynckes

PENGURUS baharu Bayern Munich, Jupp Heynckes menegaskan usia bukan satu isu selepas dia kembali mengemudi kelab gergasi Jerman itu ketika berumur 72 tahun.

Malah, Heynckes dalam nada berseloroh berkata beliau akan mengambil alih tugas selaku pengurus pada usia 80 tahun.

Heynckes memulakan tugasnya pada Sabtu ketika Freiburg berkunjung ke Allians Arena dalam usaha mengembalikan kegemilangan Bayern yang kurang menyerlah semasa dibawah kendalian Carlo Ancelotti.

Bayern ketinggalan lima mata dibelakang pendahulu Borussia Dortmund selepas tujuh perlawanan.

Kini timbul persoalan sama ada Heynckes berupaya menggalas tugas berat yang ditinggalkan Ancelotti.

Namun Heynckes yang sudah meninggalkan dunia kejurulatihan sejak 2013 berkata sebagai seorang pengurus fikiran lebih penting berbanding kakinya.

"Usia saya tidak relevan tetapi ia bukan satu isu. Bagi sama ia lebih kepada kecergasan, profesionalisme dan motivasi.

"Fikiran lebih penting daripada kaki. Ketika saya berusia 80 tahun nanti, saya terfikir mahu menggantikan Joachim Low (pengurus Jerman)," katanya.

Jupp Heynckes, Bayern Munich

Artikel Sebelum

Saya Belum Sedia -Vieira

Artikel Berikut

Artikel Lain