KARIM Benzema dan Cristiano Ronaldo memanaskan padang di Getafe menerusi kemenangan buat Real Madrid dengan 2-1. Perlawanan La Liga Sepanyol pada Sabtu malam itu menyaksikan Ronaldo melakukan jaringan saat akhir pada minit ke-85. Bagaimanapun, Benzema terlebih dahulu meletakkan Real Madrid ke depan dengan gol pada minit ke-39. Real Madrid pada mulanya sukar untuk menunjukkan rentak dengan 12 pemain pasukan lawan berbanding 11 pemain di bawah pengurus Zinedine Zidane. Ronaldo turut dilihat kecewa apabila terlepas peluang membuat jaringan pembukaan. Namun beliau akhirnya memberikan mata menerusi tendangan bebas pada lewat permainan sekali gus memberikan kemenangan buat Real Madrid. Sementara itu, gol tunggal Getafe hasil jaringan pemain Jorge Molina pada minit ke-56. - Mail Online