suria

Van Gaal VVIP Di Manchester

Van Gaal diberi layanan dengan menaiki kereta mewah Bentley kepunyaan pemilik restoran Wing.

KEPIMPINAN Louis Van Gaal sebagai pengurus Manchester United mungkin tidak berjalan lancar seperti yang diharapkan.

Namun beliau sentiasa dialu-alukan untuk kembali ke bandar Manchester United.

Bekas pengurus Manchester United itu kembali ke England untuk tugasan bagi televisyen Belanda semasa kelab itu mencabar pesaingnya Liverpool pada Sabtu malam.

Van Gaal dilihat berada di restoran Cina, Wing seperti kebiasaan yang beliau lakukan sepanjang dua tahun di Old Trafford.

Pemilik premis itu menerima kunjungan Van Gaal dengan tangan yang terbuka, malah memastikan bekas pengurus kelab itu dan isterinya, Truus dilayan dengan baik.

Layanan terhadap Van Gaal sememangnya bertaraf orang kenamaan yang sangat penting (VVIP) apabila beliau hadir menaiki kereta mewah Bentley kepunyaan pemilik restoran yang berharga £300,000 (RM1.68 juta). 

Van Gaal turut hadir menyaksikan pertembungan antara Manchester United dan Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Anfield.

Sepanjang penglibatannya sebagai pengurus Manchester United sebelum ini, kelab itu bermain dengan Liverpool sebanyak enam kali, yang menyaksikan empat kemenangan, satu seri dan satu kekalahan. - Mail Online


Artikel Sebelum

Keputusan Kejuaraan

Artikel Berikut

Artikel Lain