DAVID De Gea mendedahkan tindakannya menghalang jaringan Joel Matip adalah perkara biasa. Penjaga gol Manchester United itu berkata, tandukkan pemain Liverpool pada minit ke-35 itu telah dijangka dan tidak mengejutkan. De Gea dianggap telah melakukan keajaiban apabila berjaya menghalang usaha Matip selepas mendapat hantaran daripada Roberto Firmino. Namun bagi bintang Sepanyol berkenaan, tindakan itu berlaku kerana nalurinya telah menjangkakan arah tandukan Matip. Percubaan bahaya ke arah gol itu hampir menghasilkan jaringan tunggal buat Liverpool, namun kecemerlangan De Gea membuatkan keputusan berakhir dengan seri 0-0. "Cuma cuba untuk bertindak sepantas mungkin. Ia berlaku dengan pantas, saya cuma meletak kaki untuk menghalang bola. "Naluri saya mahu bertindak secepat mungkin untuk menghalang bola berkenaan dan ia tepat," katanya selepas perlawanan berkenaan.