suria

Leicester City Pecat Pengurus

Craig Shakespeare

LEICESTER City telah memecat pengurus Craig Shakespeare selepas empat bulan bersama kelab sebagai pengurus tetap.

Shakespeare mengambil alih Leicester selepas pengurus yang membawa kelab itu memenangi gelaran, Claudio Ranieri dipecat pada Februari.

The Foxes telah mengalami permulaan yang sukar untuk kempen baharu, dengan hanya menang sekali daripada lapan perlawanan.

Keputusan seri 1-1 dengan West Bromwich Albion pada Isnin  telah membuatkan pemilik Leicester memutuskan untuk menyingkirkan Shakespeare dari kedudukannya dengan segera.

Berita itu pada mulanya tersebar dalam kalangan wartawan terkemuka British.

Dua jam kemudian Leicester mengesahkan berita tersebut dalam satu kenyataan di laman web kelab.

Juara Liga Perdana Inggeris musim 2015/16 itu kini menduduki posisi ke-18 carta liga.

Sebelum dilantik sebagai pengurus tetap, Shakespeare hanya berstatus 'caretaker' menggantikan Ranieri yang dipecat pada 23 Februari 2017.

Ketika itu Shakespeare mampu membawa Leicester bangkit dari persembahan buruk.

Malah pengurus berusia 53 tahun ini juga berjaya mencatatkan rekod meraih lima kemenangan dalam lima perlawanan awalnya.

Shakespeare menjadi pengurus kedua dipecat di Liga Perdana Inggeris musim ini setelah Frank de Boer dipecat oleh Crystal Palace pada 11 September. -eurosport

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain