PEMILIK Newcastle United, Mike Ashley secara rasminya mahu menjual kelab tersebut. Perundingan kewangan terkenal Britain, Amanda Staveley membida 300 juta pound untuk membeli Newcastle United. Pelabur kewangan milik Staveley, PCP Capital Partners yang mendapat sokongan 28 juta pound dari negara Timur Tengah dan China difahamkan sudah berbincang dengan Ashley. Perjanjian kemungkinan selesai pada Kristmas ini. Sumber di City memberitahu, PCP yang sebelum ini dikaitkan untuk membida Liverpool, menyasarkan Newcastle kerana ia mempunyai pengaruh global yang kuat dan peluang untuk meningkat lebih cepat. Ashley membeli kelab tersebut pada tahun 2007 dengan harga 134 juta pound. Dilaporkan bahawa dia telah menerima empat pembida dan ianya tersebar termasuk selepas Staveley dilihat berada di St James Park empat hari lalu. Staveley,44, merupakan kunci utama pemerolehan Manchester City untuk Sheik Mansour pada tahun 2008.