REAL Madrid melonjak ke tempat ketiga dalam carta La Liga dan merapatkan jurang dengan Barcelona hingga ke lima mata dengan kemenangan 3-0 ke atas Eibar. Pasukan Zinedine Zidane itu telah berjuang untuk formasi di Santiago Bernabeu setakat musim ini dan mereka meletakkan penanda yang baik menerusi persembahan yang cemerlang. Madrid mengambil masa hanya 19 minit untuk membuka jaringan dengan Paulo Oliveira menuju ke gawangnya sendiri daripada hantaran bahaya oleh Marco Asensio ke dalam kotak penalti. Keputusan jaringan telah mencatatkan gol 2-0 ketika permainan baru masuk ke minit 30. Zidane membuat beberapa perubahan kepada pasukannya seperti membuat pusingan antara pemain, tetapi ia tidak banyak memberi kesan kepada rentak prestasi Real Madrid. Marcelo keluar dari bangku simpanan pada babak kedua untuk melengkapkan jaringan dengan mencari sudut jauh dari gawang Eibar. - Eurosport