suria

Jurulatih, Media Brazil Tak Undi Neymar

Neymar

JURULATIH Brazil, Tite telah memilih Cristiano Ronaldo berbanding pemainnya sendiri, Neymar untuk anugerah Pemain Terbaik Fifa.

Ronaldo membawa pulang anugerah itu untuk tahun kedua berturut-turut pada malam Isnin, menewaskan rakannya Lionel Messi dari Barcelona dan Neymar dari PSG.

Anugerah yang meliputi tempoh 20 November 2016 hingga 2 Julai 2017 itu diputuskan melalui undian jurulatih pasukan kebangsaan, kapten dan media terpilih yang masing-masing menyenaraikan pilihan pertama (5 mata), kedua (3 mata) dan ketiga (1 mata).

Hasil pengundian yang dikeluarkan oleh Fifa menunjukkan bahawa Messi dan Ronaldo tidak memilih antara satu sama lain, satu situasi biasa dalam data Fifa selama bertahun-tahun.

Bagaimanapun, Neymar dilihat tidak mendapat sokongan penuh negaranya sendiri apabila jurulatih dan media negaranya tidak meletakkannya sebagai pilihan utama.

Untuk tahun kedua berturut-turut, Tite memilih untuk mengundi Ronaldo sebagai pilihan pertama dan Neymar hanya pilihan kedua.

Selepas mengundi Neymar sebagai pilihan ketiga tahun lepas, wakil media Paulo Coelho mengeluarkan Neymar dari senarai pilihannya tahun ini sebaliknya memilih Ronaldo, Messi dan pemain pertahanan Brazil, Marcelo.

Bagaimanapun Neymar diundi sebagai pilihan pertama oleh Dani Alves, diikuti Messi (2) dan Ronaldo (3). Tahun lalu dia mengundi Messi di atas Neymar.

Bekas rakan sepasukan Neymar di Barcelona, Messi memilih Luis Suarez sebagai pilihan pertama diikuti oleh Andres Iniesta dan Neymar sebagai pilihan ketiga. -ESPN

Anugerah Fifa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain