suria

Anugerah Fifa: Ronaldo, Messi Undi Siapa?

Cristiano Ronaldo (kiri) dan Lionel Messi ketika bertemu di majlis anugerah Fifa di Palladium Theatre, London, malam Isnin.

CRISTIANO Ronaldo mengalahkan Lionel Messi untuk memenangi anugerah pemain terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) malam Isnin, tetapi siapakah pemain yang diundi oleh dua pemain bintang ini untuk membawa pulang anugerah yang sama?

Pengurus dan kapten setiap pasukan kebangsaan dikehendaki menamakan pilihan pertama, kedua dan ketiga mereka untuk anugerah tersebut, manakala seorang ahli media dari setiap negara juga mendapat penghormatan untuk mengundi.

Neymar. -fotoAFP

Selepas undian, Ronaldo mendapat 43.16 peratus undi untuk membawa pulang anugerah tersebut bagi tahun kedua berturut-turut, diikuti Lionel Messi (19.25 peratus) yang mendahului Neymar (6.97 peratus).

Ronaldo yang merupakan kapten Portugal dan Messi yang menjadi kapten Argentina masing-masing mempunyai pilihan sendiri tentang siapa yang dirasakan layak mendapat anugerah tersebut.

Bagaimanapun, tiada pemain dibenarkan untuk mengundi diri sendiri, malah kedua-dua mereka tidak memilih nama antara satu sama lain.

Sebaliknya, Ronaldo memilih rakan sepasukannya di Real Madrid, Luka Modric (1), Sergio Ramos (2) dan Marcelo (3).

Sementara itu, Messi pula memilih ​​Luis Suarez (1), Andres Iniesta (2) dan Neymar (3).

Hugo Lloris mengundi rakan sepasukan di Tottenham Hotspur, Harry Kane sebagai salah seorang daripada tiga pencalonannya untuk pemain terbaik Fifa.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain