MANCHESTER United dan Arsenal kini memantau keadaan Marco Reus di Borussia Dortmund dengan kontraknya bakal tamat pada 2019, menurut beberapa laporan di Jerman. Reus berdepan dengan masalah kecergasan sepanjang kerjayanya dan kecederaan ligamen menyebabkan pemain itu diketepikan sehingga 2018. Pemain berusia 28 tahun itu baru-baru ini mengakui akan mempertimbangkan untuk meninggalkan Dortmund untuk perubahan pemandangan. Bercakap kepada majalah GQ: "Terdapat empat atau lima kelab antarabangsa yang menarik minat saya. "Saya akan berumur 31 tahun pada 31 Mei tahun depan. Ia menjadi kontrak besar terakhir saya dan peluang terakhir untuk mencuba sesuatu yang berbeza," katanya. Sky Germany melaporkan bahawa kenyataan Reus tersebut mendapat perhatian Manchester United dan Arsenal, dan kedua-duanya sedang mempertimbangkan untuk melakukan langkah sesuatu buat pemain skuad kebangsaan Jerman itu. Arsenal akan melepaskan Alexis Sanchez dengan kontrak pemain itu akan tamat pada musim panas ini dan Reus bersesuaian dengan bayaran untuk dijadikan sebagai pengganti. Pengurus Manchester United, Jose Mourinho dilaporkan turut memantau prestasi Reus di Dortmund dan bersiap sedia untuk menawarkan pemain itu dengan permulaan yang baharu. - Mail Online