EVERTON memberitahu Nikola Vlasic, pemain yang menandatangani kontrak baharu pada musim panas tidak boleh mengambil jersi nombor 19 kerana ia untuk Diego Costa, dedah penyerang Croatia itu. Kelab tersebut berharap untuk menggunakan sebahagian daripada hasil £75 juta (RM422 juta) di atas penghijrahan Romelu Lukaku ke Manchester United untuk mendapat Costa. Sementara itu, Costa bebas untuk meninggalkan Stamford Bride dengan harga yang berbaloi. Everton berusaha yang terbaik untuk memujuk pemain kelahiran Brazil itu untuk menyertai Goodison Park. Bagaimanapun kelab itu tawaran itu mungkin menjadi perhatian kerana Costa berhasrat untuk kembali ke Atletico Madrid. - Mail Online