suria

Pertama Kali - Fitri Omar

Fitri Omar (kiri)

PERTAHANAN kiri Kedah bakal mencipta sejarah baharu dalam kariernya sebagai pemain profesional di negara ini.

Fitri Omar mendedahkan, pada 4 November ini dia bakal mendapat pengalaman pertama beraksi di final Piala Malaysia walaupun usianya telah mencecah 32 tahun.

Pemain kelahiran Sabak Bernam, Selangor itu berkata, ternyata tuahnya bersama pasukan Kedah kerana sebaik sahaja bergelar pemian skuad hijau kuning, dia berjaya meraih pingat Piala Sultan Haji Ahmad Shah pada awal musim ini.

Tidak cukup dengan itu, Kedah tampil menjuarai Piala FA dan kini melangkah ke final Piala Malaysia dan akan berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Shah Alam.

Jika diseraikan oleh Mohd Nidzam Adzha Yusoff, Fitri akan bertembung dengan bekas pasukanya pada tahun 2005 hingga 2008, walaupun ketika itu skuad berkenaan belum bergelar JDT.

"Bagi seorang pemain bola sepak, sudah pasti matlamat utama dalam kariernya ialah beraksi pada perlawanan akhir Piala Malaysia iaitu pertandingan tertua dan penuh sejarah.

"Bagi saya Kedah dan JDT seimbang dari segi kekuatan masing-masing kerana jika JDT mempunyai pemain berpengalamn, kita juga ada pemain berpengalaman dan muda.

"Saya bertuah dapat mewakili Kedah kerana berjaya memenangi dua piala setakat musim ini sahaja. Pilihan yang tepat dan tidak akan dikesali.

"Saya akan berusaha sebaik mungkin pada final kali ini dan akan terus berbakti untuk Kedah selagi diperlukan," katanya kepada mStar Online.

Fitri selain itu turut menghargai sokongan peminat skuad hijau kuning selama ini yang sentiasa membakar semangat pemain untuk terus berjuang.

Kedah, Piala Malaysia, JDT

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Jersi No 19 Everton Untuk Costa

Artikel Lain