ANTONIO Conte telah dihantui khabar angin yang menyatakan Carlo Ancelotti bakal menggantikan tempatnya di Chelsea. Dia yang tidak dapat menyembunyikan kemarahan terhadap spekulasi itu menegaskan Chelsea kini dikelilingi banyak perkara mengarut. Chelsea bangkit untuk memenangi perlawanan terakhir mereka dalam Liga Perdana Inggeris apabila mengalahkan Watford 4-2 di Stamford Bridge. Sebelum itu, mereka kalah dengan Manchester City dan Crystal Palace. The Blues bagaimanapun kini ketinggalan sembilan mata di belakang pemimpin liga, City dan akan menentang Bournemouth untuk perlawanan seterusnya. Dalam situasi ini, Conte sedar dia tidak boleh kalah dan perlu mengutip mata. Tekanan semakin memuncak dirasai pengurus dari Itali itu apabila timbulnya laporan mencadangkan Carlo Ancelotti sedang menunggu untuk menggantikannya tempatnya. Carlo Ancelotti. -fotoAFP Tetapi Conte sangat marah dengan cadangan bahawa bekas bos Bayern Munich itu mungkin kembali ke Stamford Bridge. Dia berkata: "Banyak sangat perkara mengarut. Mereka cuba menimbulkan masalah antara saya dan kelab. Sebelum ini saya telah menjawab dengan baik tentang isu-isu yang berbeza. "Apa yang berlaku ini menunjukkan kurangnya rasa hormat. Tak patut buat orang lain seperti ini, ia tidak betul dan saya benci keadaan ini. "Saya berhubung dengan Carlo kerana dia kawan saya. Tidak bermaksud apa-apa. Mengapa? Jujur, tak banyak yang saya baca. "Saya tak peduli apa yang ditulis oleh akhbar mengenai masa depan saya. Ini tugas saya. "Carlo adalah kawan saya dan saya sangat menghormati dia. Dia adalah jurulatih saya di Juventus." Ancelotti dianggap berminat untuk kembali ke Stamford Bridge dan The Sun mendakwa pihak atasan di Chelsea tidak melihat Conte akan menghabiskan baki 20 bulan kontraknya. Ancelotti memenangi Liga Perdana dan Piala FA dalam tempoh dua tahun bersama Chelsea antara 2009 dan 2011. Tetapi dia meninggalkan Bayern awal musim ini selepas permulaan yang buruk untuk kempen itu. Conte tidak menyembunyikan hasratnya untuk kembali ke Itali suatu hari nanti dan sentiasa dikaitkan dengan perpindahan ke Serie A. -expressUK