suria

Selepas Tular, Terens Puhiri Mula Digeruni

SELEPAS kepantasan larian solonya tular dan mendapat liputan media antarabangsa, Terens Puhiri mula digeruni lawan.

Menjelang perlawanan Borneo FC menentang Persija Jakarta, pengurusnya, Stefano Cugurra Teco sempat membuat penilaian terhadap Puhiri dan mengakui kepantasan lariannya.

Puhiri menyumbangkan satu gol ketika Borneo FC menewaskan Mitra Kukar 4-0 di Stadium Aji Imbut, Isnin lalu. Pemain berusia 21 tahun itu menjaringkan gol pada minit ke-71.

Selain media tempatan, gol Puhiri itu turut menjadi perbincangan media asing, seperti Marca, Daily Mail, Globoesporte dan Le Equipe.

Masing-masing kagum dan menganggap gol pemain berasal dari Papua itu sebagai luar biasa dan mungkin yang terpantas di dunia.

Pemain Bola Sepak Indonesia Terpantas Di Dunia?

Selepas golnya menjadi perhatian dunia, Persija menjadi pasukan seterusnya yang akan berdepan Puhiri.

Persija akan bertandang ke markas Borneo FC di Stadium Segiri, Samarinda, malam ini.

"Dia pernah bermain menentang kami ketika pusingan pertama di Stadium Patriot. Kami tahu kualiti dirinya, dia pemain pantas. Sangat pantas.

"Dia juga bekerjasama dengan pasukan, mampu buat crossing, dan passing," kata Teco, memetik sport.detik.

Bagaimanapun Teco tidak mahu pasukannya hanya memberi tumpuan kepada Puhiri seorang.

Jurulatih dari Brazil itu juga akan berhati-hati dengan Lerby Eliandry, yang menyumbangkan dua gol ketika menentang Mitra Kukar, sekali gus menambah koleksi golnya menjadi 14.

"Lerby juga mampu menjaringkan gol. Kami harus menghalangnya di barisan belakang dan menyerang dengan baik," kata Teco.

Ketika ini Persija berada di posisi keenam dengan 52 mata dari 31 perlawanan, sementara Borneo di kedudukan kelapan dengan 46 mata dari 30 perlawanan.

Terens Puhiri, Borneo FC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Antonio Conte 'Naik Angin'!

Artikel Lain