suria

Woods Bukan Mabuk, Tapi Tertidur

Imej daripada video papan pemuka menunjukkan pihak polis menahan Woods pada 29 Mei lalu. - AFP

TIGER Woods pada Jumaat mengaku bersalah di sebuah mahkamah di Florida kerana memandu secara cuai.

Pemain golf prolifik itu dimasukkan ke program yang menempatkan pesalah 'kali pertama' sekaligus mengelakkan dirinya daripada didakwa atas kesalahan memandu di bawah pengaruh (DUI) pada kejadian musim luruh lalu.

Pemain berusia 41 tahun itu ditemukan tertidur ketika memandu keretanya pada Mei, yang mana kereta tersebut diletakkan di sebuah jalan tidak jauh dari rumahnya di Pulau Jupiter.

Woods menerima hukuman tersebut termasuk 12 bulan tempoh percubaan selepas menjawab soalan ditanyakan oleh Hakim Mahkamah Litar Florida, Sandra Bosso-Pardo.

Woods akan menyertai program tersebut yang akan diadakan di Palm Beach Conuty bagi pelaku DUI 'kali pertama'.

Dia dimasukkan ke program itu kerana tidak memiliki rekod jenayah lampau, bekerjasama baik dengan pihak polis dan tidak terlibat dalam kemalangan jalan raya, kata peguam negeri Dave Aronberg.

Aronberg bercakap kepada media selepas Tiger Woods mengaku bersalah. - Eurosport

Pemain itu telah melengkapkan sebanyak 50 jam khidmat masyarakat sebagai sebahagian daripada program tersebut.

"Perjanjian rayuan ini tidak mempunyai tempoh tahanan penjara," kata Bosso-Pardo kepada Woods semasa sesi perbicaraan berlangsung.

Woods memberitahu pihak polis ketika ditahan bahawa dia baru pulang dari Los Angeles, namun tidak pasti arah yang ingin ditujunya kerana kereta yang dipandu bukan menghala ke kediamannya.

Menurut laporan toksikologi, pemain tersebut positif lima jenis ujian dadah ketika ditahan, tetapi ujian alkohol menunjukkan bacaan negatif.

Dadah tersebut adalah ubat tahan sakit, Vicodin dan Dilaudid; ubat mood, Xanax; pil tidur, Ambien dan dadah yang mengandungi THC iaitu sejenis bahan dalam ganja. - Eurosport

Tiger Woods

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain