SUNDERLAND 'berpisah' dengan pengurus Simon Grayson. Keputusan tersebut dibuat berikutan Sunderland kini berada di kedudukan ketiga terbawah Liga Kejuaraan Inggeris selepas hanya mencatat seri 3-3 ke atas Bolton Wanderers pada Selasa. "Simon dan pasukannya telah bekerja keras untuk mencatat keputusan terbaik sepanjang berada di sini," jelas Ketua Eksekutif Martin Bain di laman rasmi kelab (www.safc.com). "Kami berharap pengalaman Simon dalam Liga Bolasepak mampu membantu kami untuk sukses, tetapi keputusan tidak mencukupi untuk kelab. "Untuk mengubah situasi ini, kami percaya dasarnya perlu berubah." Sunderland hanya mencatat hanya satu daripada 15 perlawanan musim ini ketika aksi di Norwich pada 13 Ogos lalu dengan keputusan 3-1. The Black Cats itu mengumpul sepuluh mata selepas tujuh seri dan tujuh tewas.