PEP Guardiola mendedahkan Arsenal boleh menjadi pesaing untuk merebut trofi kejuaraan.Pengurus Manchester City itu tidak ada keraguan bahawan Arsenal boleh menjadi pesaingnya musim ini. Guardiola berkata demikian menjelang perlawanan bertemu The Gunners Ahad ini. "Kita berada dalam bulan November. Mereka menjuarai Piala FA musim lalu. Sebuah kelab berprestij, Stadium Emirates - sudah tentu mereka adalah pesaing. "Kini kelebihan sembilan mata. Tiada perbezaan di antara kami. Percayalah. "Orang percaya kami akan bermain seperti dua bulan lepas sepanjang musim. Apabila ia berlaku saya boleh katakan 'Ok, kita ada peluang besar untuk menjadi juara' tetapi tiada siapa yang boleh pastikannya. Kami perlu berjuang." Guardiola percaya, pertemuan minggu ini akan menjadi petunjuk untuk perebutan trofi. "Kami tahu United berdepan dengan Chelsea, jasi satu lagi perlawanan yang penting untuk salah satu daripada mereka. "Sebab itulah kami perlu fokus dengan terhadap perlawanan penting. "Sekurang-kurangnya biarlah kami mendahului 12 mata ke atas Arsenal," ujarnya. City kini mendahului kedudukan carta Liga Perdana Inggeris dengan 28 mata, diikuti Manchester United (23 mata), Hotspur 20, Chelsea 19 dan Arsenal 19 mata.