suria

Selamat Tinggal Marseille!

PATRICE Evra menamatkan kontraknya bersama Marseille atas persetujuan bersama dan dilarang bertanding pada kejohanan UEFA sepanjang musim ini selepas insiden menendang salah seorang penyokongnya.

Bekas pemain Manchester United itu digantung UEFA sehingga Jun 2018, bulan sama di mana kontraknya bersama Marseille sepatutnya berakhir.

Evra turut didenda 8,829 pound.

Pemain berusia 36 tahun itu melakukan tendangan ala kung fu ke atas penyokong sendiri pada aksi Liga Europa menentang Vitoria Guimaraes, awal bulan ini.

Pemain pertahanan Perancis itu menyertai Marseille pada Januari 2017 dari Juventus.

"Dengan persetujuan bersama, Marseille dan Evra memutuskan untuk menamatkan kerjasama antara kedua-dua pihak.

"Kontrak pemain ini ditamatkan berkuat kuasa serta-merta," kata kenyataan kelab tersebut.

Patrice Evra

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ini Harga Shaw!

Artikel Lain