suria

Ini Harga Shaw!

MANCHESTER United bersedia untuk melepaskan Luke Shaw dengan bidaan bernilai 20 juta pound sterling ketika jendela perpindahan pemain dibuka semula, Januari depan.

Pemain berusia 22 tahun itu tidak diturunkan pada aksi Liga Perdana Inggeris musim ini dan hanya tampil sebagai pemain gantian pada perlawanan Piala Carabao.

The Times mendakwa Jose Mourinho telah memberitahu pihak pengurusan United bahawa Shaw tiada masa depan di Old Trafford.

Menurut laporan itu lagi, United sedang mencari kelab yang sanggup memenuhi nilai bidaan tersebut dan Fenerbahce ada menyatakan minat terhadap Shaw.

Namun Shaw dilaporkan tidak berminat untuk berhijrah ke Turki.

Mourinho begitu terdesak untuk menjual Shaw yang kontraknya bersama United akan berakhir pada 2019.

Kontrak asal Shaw sepatutnya berakhir pada musim panas akan datang tetapi dengan kontrak lanjutan yang ditandatanganinya selama setahun bakal menyaksikan United menuntut bidaan lebih tinggi daripada kelab yang berminat terhadap pemain itu.

The Daily Telegraph pula mendakwa Shaw turut dalam radar Chelsea dan Arsenal yang mempertimbangkan untuk membida pemain tersebut.

Luke Shaw

Artikel Sebelum

Selamat Tinggal Marseille!

Artikel Berikut

Chamberlain Rindu Arsenal?

Artikel Lain