suria

Keane, Vieira ‘Buli’ Saya Tapi Gerrard Lawan Paling Sukar

FRANK Lampard mendedahkan dia pernah 'dibuli' bekas pemain Manchester United, Roy Keane dan legenda Arsenal, Patrick Vieira di awal kariernya bersama Chelsea.

Sepanjang karier selama 13 tahun di Stamford Bridge, Lampard pernah memenangi tiga trofi Liga Perdana Inggeris, empat Piala FA, dua Piala Liga dan Liga Juara-Juara.

Menjaringkan 147 gol dalam 429 penampilan bersama The Blues, Lampard kekal sebagai penjaring terbanyak Chelsea.

Namun dia mengakui berdepan kesukaran ketika beraksi menentang Keane dan Vieira.

Pada masa sama, Lampard menyifatkan Steven Gerrard sebagai lawan paling sukar di pentas Liga Perdana Inggeris.

"Gerarrd paling sukar, saya beraksi menentang ramai pemain hebat.

"Saya masih ingat Roy Keane dan Patrick Vieira, mereka sukar disentuh dan akan membuli saya ketika di atas padang tapi dengan cara yang baik.

"Apabila era itu berakhir, kemudian datang Gerrard, Scholes dan Yaya Toure. Namun saya katakan Gerrard paling sukar kerana dia konsisten sepanjang tahun," katanya.

Frank Lampard

Artikel Sebelum

Mohd Qayyum Ke PKNS FC

Artikel Berikut

Artikel Lain