ZLATAN Ibrahimovic dikecam di media sosial gara-gara status di laman Twitternya.
Ibrahimovic memuat naik status 'We are Zweden' selepas Sweden mengesahkan slot ke Piala Dunia 2018 menewaskan Itali 1-0 secara agregat awal pagi Selasa.
Status Ibra itu dianggap sebagai bongkak oleh pengikut-pengikutnya.
Ibrahimovic,36, bersama dari pentas antarabangsa selepas aksi Euro 2016.
Perkataan 'Z' yang sepatutnya 'S'weden itu menimbulkan kecaman daripada pengikutnya.