BERLAKU perlanggaran antara dua bintang Manchester United Luke Shaw dan Phil Jones, tetapi bukan di padang.
Kereta Range Rover milik Shaw yang berharga £100,000 telah 'menghentam' kereta Bentley milik Jones yang bernilai £200,000.
-fotoZenPix
Shaw, baru lulus ujian memandu setahun lalu sedang mengundurkan keretanya apabila dia terlanggar kereta rakan sepasukannya itu.
Adegan itu berlaku di pusat latihan Carrington selepas kemenangan 2-0 United di Swansea pada Oktober.
Shaw, 22, yang bukan pemain kegemaran pengurus Jose Mourinho, bermain hanya tiga minit dalam perlawanan Piala Carabao.
Menurut sumber: "Kereta Luke terlanggar dengan kereta Jones.
"Dia mampu bayar bil pembaikan dan tak berlaku rasa kurang senang antara mereka.
"Tidak ada yang cedera dan kedua-dua kereta hanya mengalami kerosakan kecil."
Shaw, 22, menjadi pemain remaja paling mahal di dunia apabila dia meninggalkan Southampton untuk ke United dengan perjanjian £30 juta tiga tahun lalu.
Walau bagaimanapun, kerjayanya tersekat selepas kakinya patah pada musim kedua. -theSun